Ini sebahagian petua yang saya ambil dari......sorry terlupa nak catat..Minta maaf yek!sayang nak buang artikel ini.Berguna sangat info ni.Jadi, saya masukkan dalam blog saya.So,sesiapa yang punya artikel ni,sila emel kepada saya supaya saya dapat masukkan sumber artikelnya.
PETUA
Santan tidak berbau
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama
Susu kilatkan daun hijau
Banyak suri rumah suka menghias rumah dengan pokok berdaun hijau, Untuk mudah membersihkan habuk daripada daun hijau juga untuk mengilatkan daun, cubalah cara ini ambil susu cair atau susu tepung yang dilarutkan di dalam air. Tuang susu itu di atas span lembut dan lap pada daun hijau tadi. Hasilnya daun nampak berkilat dan bertambah hijau.
Petua kempiskan perut
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...
Mengatasi kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar
Tumit Pecah-Pecah
Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.
Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.
Mengelak Bekas Cengkering
Kanak-kanak yang terkena cengkering akan mengalami kegatalan dan meninggalkan kesan bertompok-tompok di seluruh badan dan muka. Untuk mengelakkannya ambil secekak akar daun lalang, bersihkan tanah dan pasir yang melekat kemudian rebus di dalam periuk besar hingga mendidih. Setelah suam, barulah dibuat mandi seluruhan badan, lakukan ketika cengkering hampir kering.
Membunuh Lipas
Untuk membunuh lipas dan tidak membiarkan ia membiak, ikut beberapa petua ini.
1. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak
lipas. Insya-Allah lipas akan mati,
2. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
3. Kalau terlalu banyak sangat, bolehlah sediakan ubi kentang yang direbus
dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul.Buat seperti
pergedel dan letak di tempat banyak lipas. Lihat kesannya nanti.
Mewangikan Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
Kilatkan Cermin Mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.
Jemput-Jemput Menjadi Lembut
Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.
Elakkan Kelemumur
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.
Mencuci Barangan Perak
Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.
Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.
Limau Nipis Cantikkan Badan
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.
Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong
Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang.
Hilangkan Bau Kaki
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.
Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian
Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.
No comments:
Post a Comment