Jan 8, 2009

6 Petua Di Dapur Untuk Para Suri Rumah

by Alya
Tips in The Kitchen

(http://kilimanjarospa.com/women/)

by: petuamelayu.com

Jadikan dapur sebagai syurga ruang rumah untuk ahli keluarga kita. Petua ini juga boleh menjimatkan perbelanjaan dapur anda dan mengoptimumkan penggunaan bahan mentah dapur anda.

1.Mata Terkena Cili
Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. InsyaAllah tidak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata

2.Ikan terubuk sedap dimakan tapi tulangnya banyak!
Ikan terubuk bakar yang dimakan panas-panas, memang menyelerakan apa lagi dengan cicah air asamnya. Tapi memandangkan tulangnya yang berselirat tu, fikir dua tiga kali juga nak makan. Selalunya sebelum nak siang ikan terubuk itu saya akan pegang di bahagian insang dan ekor ikan berkenaan kemudian tarik ke arah yang bertentangan, anda akan mendengar bunyi tulang-tulang ikan itu berderap (ini bukan satu penyiksaan tau, sebab ikan tu dah mati). Kalau hendak bakar janganlah dibuang sisiknya, kering minyaknya. Selamat mencuba!!.

3. Elak Biskut / kuih raya cepat lemau?
Sebelum menyimpan biskut/kuih raya anda ke dalam bekas, cuba taburkan sedikit gula pasir (janganlah sampai segengam wei!) ke dalam bekas berkenaan, kemudian tutup dengan tisu/kertas, barulah disusun kuih anda itu. Lepas itu tutup ketat-ketat. Kalau tak ketat, tupperware ke, tipuware ke, tin ware ke, botolware ke semua tak jalan.

4. Elak Tepung mudah hapak.
Untuk mengelakkannya. Bungkus seketul arang dengan kain bersih dan letakkannya di dalam tepung. Insyaalah selama mana anda simpan tepung itu tidak akan rosak.

5. Memilih Ikan Yang Baik
Mata ikan terang, warna hitam pada bola matanya tidak bercampur warna lendir.
Sisik ikan tidak banyak yang gugur.
Bila badan ikan itu ditekan dengan jari, daging ikan itu kembali seperti kedudukan semula/asal.
Tidak terdapat luka pada badan ikan tersebut.
Warna iseng/insangnya masih dilapisi lendir asli.
Badannya tidak berbau.

6.Mengelakkan Beras Berkutu
Ada tiga cara, iaitu dengan menyimpan beberapa pelepah daun limau purut di dalam tempat beras.
-Menyimpan beberapa batang cili kering dalam tempat beras.

No comments: