Dec 26, 2008

Masih suami isteri kah di alam akhirat

(sumber: http://mdanial.blogdrive.com/)


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan olehAllah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli
syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga"
(Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal
dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak
berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki
daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk
syurga. 


Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki
yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang
terakhir.

Wallahualam ...

No comments: