Dec 10, 2008

Ciri ciri wanita solehah

( Artikel ini saya ambil dari blog nurjeehan, disebabkab ada comment artikel yang menarik dan sesuai untuk dikongsikan bersama, saya masukkan sekali beberapa komen artikel. Untuk bacaan penuh lawatilah blog terebut. banyak lagi artikel-artikel menarik tentang Islam)

Ciri ciri wanita solehah

March 12, 2007, 9:20 pm 

http://nurjeehan.wordpress.com

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut : 

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” 

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman. 

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah


****************************************************************
Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

Comment by nur iman April 10, 2007 @ 1:09 pm
(http://nurjeehan.wordpress.com)

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’. 

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja. 

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

********************************************************
http://nurjeehan.wordpress.com
Comment by adlya June 17, 2007 @ 5:34 am

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.” 

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”


****************************************************************

http://nurjeehan.wordpress.com
Comment by aidadiana December 17, 2007 @ 1:18 pm
SURAH YASSIN :
36] Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. 

———-JODOH SESAAT———-

Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
Dalam sujud taubat, hajat, istiqarah,syukur dan dhuha
Dalam kekeliruan mencari cinta
Lantaran usia kian mengejar
Apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
Yang bukan lagi di gelar dara rebutan!

Dalam kata mereka, ku terima sebagai nasihat
Dan senyum bonda, senyum berhajat
Ku selami erti tersirat
Mahu aku punya pembimbing kampung akhirat

Bukan aku tidak mahu
Bukan hanya tunggu menanti seru
Tapi aku terkeliru
Dalam usaha itu
Adakalnya tersasar dari jalan Mu

Lantas aku undur langkah
Dalam taubat ku mohon keampunan
Dalam hajat ku mohon pertolongan
Dalam istiqarah ku mohon pilihan
Dalam syukur ku mohon pemeliharaan
Dalam dhuha ku mohon kurniaan!

Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
Kalau kau tu baik sangat…
Kenapa belum punya teman?

Bagaimana harus aku bicarakan
Jodoh bukan untuk orang yang baik…sahaja
Orang tak baik pun ada jodoh juga
Sudah termaktub janjiNya
Lelaki baik untuk perempuan baik bergitu juga sebaliknya
Yakin lah…
Ajal. maut, jodoh, pertemuan ada hikmat
Bila masanya datang , pasti takkan berganjak walau sesaat!
Comment by aidadiana December 17, 2007 @ 1:18 pm

*****************************************************************

http://nurjeehan.wordpress.com

Comment by SOLEHAH December 28, 2007 @ 4:06 pm

Ada diriwayatkan bahawa Asma’ binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya
sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata:

” Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau
dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu
tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan dengan
seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai
tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai
lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu
pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau
menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia
meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan
melupakanmu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia
menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya,
pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium
sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia mendengar
melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri
mu.”

*****************************************************************


Comment by Kasih Umi January 5, 2008 @ 4:26 pm

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan 

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diAras
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya 

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena 

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu 

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu 

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu 

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati 

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Comment by Kasih Umi January 5, 2008 @ 4:26 pm


*********************************************************************

SIKAP MENJAGA DIRI DAN MALU AKAN MENAMBAHKAN KECANTIKAN ORANG-ORANG YANG SUDAH CANTIK.

Apakah engkau pernah mendengar berita Ummu Salamah , salah seorang isteri Rasullullah saat ia mendengar suaminya bersabda:

“Barangsiapa yang menyeret kainnya kerana
sombong, maka Allah tidak akan memandangnya
pada hari qiamat nanti”.

Ummu Salamah bertanya:

“Bagaimanakah kaum wanita harus berbuat
terhadap hujung kainnya?”

Rasulullah menjawab:

“Hendaklah mereka menjulurkannya sejengkal”.

Ummu Salamah bertanya lagi:

“Bagaimana jika terlihat mata kakinya?” 

Rasulullah menjawab:

“Maka hendaklah mereka menjulurkannya
sehasta dan tidak boleh lebih.”

Seorang masih hidup dengan baik
selama mempunyai rasa malu
sebagaimana batang kayu masih akan tetap kekal
selama terbungkus oleh kulitnya

Tidak, demi Allah, tiada kebaikan bagi hidup
ini
apabila rasa malu telah hilang darinya

BEKALAN:
Keselesaan tubuh kerana sedikit makan
Keselesaan jiwa kerana sedikit dosa
Keselesaan hati kerana sedikit keinginan
Keselesaan lisan kerana sedikit bicara
Comment by shairah July 18, 2008 @ 5:20 pm

******************************************************************


Wahai wanita yang tinggi kedudukannya!

Wahai wanita muslimah yang jujur,wanita muslimah yang taat,wanita mukminah yang taat,jadilah seperti pohon kurma,yang jauh dari kejelekan dan tinggi tak terjangkau oleh kejahatan.Bila dilempar dengan batu, ia menggugurkan buahnya; sentiasa hijau,baik di musim dingin mahupun di musim panas;lagi banyak manfaatnya.

Hiduplah di tempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna,yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat menjaga rasa malu.Ucapanmu adalah zikir,cara memandangmu adalah menarik pelajaran,dan diammu adalah berfikir.

Manakala keadaanya sudah demikian,nescaya anda akan merasa bahagia dan senang.Selanjutnya, akan digelarkanlah bagi anda rasa simpati penduduk bumi kepada anda dan anda akan di hujani oleh pujian yang baik dan doa yang tulus dari semua makhluk. Allah akan menyingkapkan semua awan kesengsaraan yang selama ini menaung anda,menghilangkan rasa takut yang menghantui anda,dan menyingkirkan kekeruhan yang bertindih -tindih menghimpit anda.Tidurlah anda dengan iringan bacaan doa dari semua orang mukmin buat anda.

Pada keadaan yang demikian,anda akan menyedari bahawa kebahagiaan bukanlah terdapat dalam daftar kekayaan dan timbunan harta-benda,bukan pula memakai perhiasan dan baju baru untuk memenuhi tuntutan penampilan,sebab ia berada dalam ketaatan terhadap Allah Yang Maha Terpuji.
Comment by shairah July 18, 2008 @ 5:42 pm


No comments: