Follow by Email

Dec 31, 2008

SIAPAKAH WANITA HEBAT? (Dari Kaca Mata Seorang Wanita!)

Kalau saya tanyakan kepada anda, siapakah WANITA HEBAT? Siapakah agaknya yang terlintas di fikiran anda? Adakah SITI NURHALIZA? OPRAH WINFREY wanita terkaya dunia? ATAU Miss Russia Ksenia Sukhinova yang baru dinobatkan sebagai RATU CANTIK DUNIA 2008?

Kalau saya, saya pun tidak pasti adakah WANITA HEBAT wujud pada zaman ini.Kalau pada zaman Rasullullah memang ada. Siapa lagi kalau tidak Siti Khadijah, isteri kesayangan ,wanita yang amat dikasihi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Yang tidak pernah dimadukan oleh nabi semasa hayatnya. Hanya setelah wafatnya Siti Khadijah barulah nabi Muhammad mengamalkan poligami. Itupun wanita yang dikahwininya ialah wanita yang berstatus janda (kecuali Aisyah) yang memerlukan pembelaan dari seorang yang bergelar lelaki. Setahu saya (dengan pengetahuan agama yang agak cetek ini) nabi tidak pernah menceraikan isterinya tetapi hanya berkahwin lagi apabila salah seorang isterinya meninggal dunia.

Siti Khadijah merupakan wanita yang sentiasa disebut dan dipuji oleh nabi sehinggakan menimbulkan rasa cemburu Aisyah.

“Alangkah banyak yang kau ingat tentang si pipi merah itu, padahal engkau telah mendapatkan gantinya yang lebih baik dari dia.” 

Lantas kata-kata Aisyah itu dijawab oleh nabi Muhammad dengan kata-kata,
“Demi Allah, Allah belum menggantikannya dengan yang lebih baik dari dia. Dia telah beriman kepadaku ketika semua orang ingkar padaku, dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakan, dia memberikan semua hartanya ketika orang-orang tak mau memberiku apa-apa, dan melaluinya Allah mengaruniakanku keturunan yang tidak diberikan oleh istri-istriku yang lain.” (HR Ahmad)

Allah juga mencintai wanita agung ini.Telah diwujudkan sebuah rumah permata yang dalam syurga-Nya.Pastinya hanya WANITA HEBAT sahaja yang dicintai oleh Allah dan para malaikat-Nya.

Namun, masih wujudkah wanita-wanita yang menyerupai Siti Khadijah mahupun memiliki sepenuh atau setidak-tidaknya sebahagian daripada ciri-ciri WANITA HEBAT yang dimiliki oleh Siti Khadijah? Siapakah wanita pada zaman ini yang layak mendapat gelaran WANITA HEBAT?

Amat sukar untuk kita temui WANITA HEBAT seperti Siti Khadijah .Namun pada saya masih ada wanita yang boleh kita anggap WANITA HEBAT walaupun tidak sesempurna dan sehebat isteri kesayangan nabi Muhammad.

Wanita yang saya anggap HEBAT ialah wanita yang berjaya meletakkan dirinya pada satu kedudukan yang tinggi di hati wanita lain, yang menjadi idola dan sumber inspirasi kepada wanita lain. Wanita yang mempunyai hati yang cekal, gigih dan tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.Gelaran WANITA HEBAT hanya milik wanita yang tidak kenal putus asa biarpun selalu gagal dalam usaha yang dilakukannya.Wanita yang tidak mahu mengalah dan sentiasa bangun setelah jatuh tersungkur. Wanita yang tetap tabah walau dihina atau diperlekehkan segala usahanya oleh orang lain. WANITA HEBAT mampu memotivasikan dirinya sendiri, kuat semangat, berfikiran positif, bertenaga dan sentiasa proaktif dalam menghadapi hidupnya.

WANITA HEBAT itu bukan sekadar berjaya dalam kerjayanya atau perniagaan yang diusahakannya dan menjadi contoh kepada wanita lain TETAPI yang paling penting WANITA HEBAT itu harus berjaya melahirkan KELUARGA BAHAGIA dan merupakan WANITA HEBAT di mata suami dan anak-anaknya.WANITA HEBAT hanya layak disandang oleh wanita yang mampu menyeimbangkan urusan dunianya dan urusan akhiratnya.Masyaallah!

Pada ketika ini, dari kaca mata saya, WANITA HEBAT DUNIA DAN AKHIRAT ialah Siti Khadijah .Wanita yang tiada tolok bandingnya. Dulu, kini dan selama-lamanya.

Namun begitu kalau hendak digelar WANITA HEBAT di arena perniagaan internet , tentulah saya pilih Norazlina Ramdzan iaitu seorang wanita yang mengusahakan Portal Komuniti Usahawan Wanita iaitu WANITANIAGA.COM. 


Portal yang dimilikinya ini ditujukan khas untuk golongan wanita yang menjalankan perniagaan internet. Beliau ialah WANITA HEBAT yang menjadi idola saya dan mampu menjadi pembakar semangat saya untuk berjaya dalam dunia perniagaan internet. Biarpun saya tidak mengenalinya secara peribadi tetapi dari usaha yang dilakukannya , dari laman-laman web yang diusahakannya seperti wanitaniaga.com , muslimahdolls.com ,iqhoster.com dan e-scorea.com, saya yakin beliau merupakan seorang WANITA HEBAT yang cekal dan tidak mengenal penat lelah dan putus asa sehinggakan berjaya mengendali sehingga empat laman web. Biarpun tidak mengenalinya secara dekat namun melalui bicaranya di forum wanitaniaga.com, jelas menampakkan keperibadiannya yang tinggi dan ciri-ciri WANITA HEBAT di arena perniagaan internet. Wanita ini mampu memberi sumber inspirasi dan pendorong kejayaan wanita-wanita lain.

Anda pula bagaimana ?Siapakah WANITA HEBAT di mata anda?

No comments: