Follow by Email

Dec 15, 2008

Mengetahui Hari Subur Wanita

(Sumber: http://blog.perempuanmelayu.info/2008/08/mengetahui-hari-subur-wanita... 
http://blog.perempuanmelayu.info/ )

Mengetahui hari subur wanita adalah penting untuk tiga tujuan :- 

(1) Bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Yang tidak 
selesa dengan cara lain seperti memakai kondom atau penggunaan pil 
perancang keluarga, yang mahu melepaskan mani terus dalam faraj 
isteri. Ada kajian mendapati melepas air mani ke dalam faraj wanita 
memberikan nikmat yang tinggi kepada perempuan. 

(2) Mengetahui hari subur isteri bagi meningkatkan peluang untuk 
mengandung. 

(3) Hari subur wanita merupakan hari yang paling berahi untuk wanita. 
Keinginan melakukan hubungan seks tinggi sewaktu hari subur. Bagi 
pasangan suami isteri yang ingin menikmati seks yang romantik adalah 
mencari hari paling subur. 

Fakta tentang pusingan haid wanita perlu ketahui :- 

1. Wanita biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan 
haidnya. Jangkaan adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang 
berikutnya. 

Telur yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim 
wanita melalui salur fallopian. Sperma lelaki perlu senyawakan telur 
dalam masa 24 jam dalam salur Fallopian ini. Satu-satu ruang yang akan 
memastikan telur yang disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang 
bersesuai. 

Telur wanita hanya hidup 36 ke 48 jam. Selepas itu ia akan mati. 
Walaupun jangka masa hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka 
masa sesuai untuk senyawa telur hanya dalam masa 24 jam selepas ia 
dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan sewaktu telur bergerak dalam 
salur Fallopian. 

Lebih kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal 
dan keluar sebagai haid wanita. Rahim kemudian akan membentuk lapisan 
baru untuk menunggu telur yang disenyawa pada pusingan haid 
berikutnya. 

2. Sperma lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas 
air mani dipancut dalam faraj wanita. 

Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira. Sebagai 
contoh sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar 
telur adalah hari yang ke 14 daripada haid hari pertama. Sekiranya 
wanita datang haid setiap 32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari 
ke 18. 

Hari keluar telur, merupakan hari paling subur wanita. 

Dalam pusingan haid wanita terdapat tiga fasa, fasa tidak subur 
sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa tidak subur sebelum haid 
berikutnya. 

Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid 
sehingga hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan 
sehingga 7 hari dalam wanita. 

Jika wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh. 
Sekiranya hubungan seks dan pancutan air mani dilepas dalam faraj 
wanita, maka kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Hari ke 7 
biasanya hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu 
mengandung. 

Hari ke 8 sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi 
melepaskan air mani dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri 
yang merancang keluarga. Ini adalah afasa subur wanita. 

Bagi yang ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul- 
betul sesuai untuk bersama melakukan hubungan seks dan memastikan 
peluang yang tinggi untuk mendapatkan anak. 

Adalah diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks 
bukan hanya masuk dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma 
lelaki akan bertemu dengan telur di salur Fallopian. Untuk meninggikan 
lagi peluang untuk isteri mengandung. pasangan suami dan isteri perlu 
dengan berahi yang tinggi. Dengan berahi yang tinggi akan membuat 
pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau orgasm yang tinggi. 

Berahi dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani 
dengan sperma yang terbaik dihasilkan. Wanita pula akan membuat faraj dan rahim menarik masuk mani dan sperma lelaki dengan denyutan- denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai ke salur fallopian. Ingat ya.Hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung.

Penerangan diatas masih tidak tepat. Nasihat daripada doktor dan pakar 
kesuburan masih diperlukan bagi memastikan kiraan dan cara yang betul. 

Dapatkan penerangan mengetahui hari subur wanita melalui peningkatan 
suhu dalam faraj dan cecair faraj dalam artikel berikutnya atau 
berhubungan dengan 

FEDERATION OF FAMILY PLANNING ASSOCIATIONS, MALAYSIA 
(Member of International Planned Parenthood Federation) 
81 B Jalan 55 15/5A, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya 
Selangor Darul Ehsan 
Tel: 03-56337514/16/28 Fax: 03-56346638 
E-mail: ff...@ffpam.org.my 
Homepage: http://www.ffpam.org.my

No comments: