Dec 5, 2008

PANDUAN PENGHANTARAN KARYA

Panduan Penghantaran Karya ke blog Rahsia Wanita Hebat

Saya ingin memberikan panduan untuk penulisan artikel yang bagus dan dapat diterbitkan di Rahsia Wanita Hebat

1. Tajuk yang bersesuaian
Artikel/tips/panduan yang dihantar mestilah mempunyai tajuk 

2. Pemerengganan tersusun
Buatlah pemerengganan artikel/tips/panduan yang tersusun agar dapat memudahkan pembaca memahami isi kandungan yang ingin disampaikan. 

3. Penggunaan tatabahasa yang betul
Artikel/tips/panduan yang dikirimkan haruslah ditulis menggunakan mempunyai tatabahasa yang betul. Perkataan singkatan dibenarkan tetapi ejaan singkatan yang melampau ( seperti dalam sms tidak digalakkan). Elakkan penggunaan bahasa slanga /bahasa rojak dalam artikel/tips/panduan

Saya amat menjaga kualiti artikel yang diterbitkan di laman Rahsia Wanita Hebat oleh itu, saya mengambil berat keberkesanan laman ini dan bagi memudahkan pengunjung untuk membaca artikel/tips/panduan yang diterbitkan. 

Sekiranya anda ingin menghantarkan artikel/tips/panduan ke Rahsia Wanita Hebat, pastikan tiga perkara di atas dipenuhi bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul ketika saya ingin menerbitkan artikel anda. Diharapkan dengan adanya panduan ini, dapat menambahkan lagi kualiti artikel dan meningkatkan daya tarikan terhadap pengunjung Rahsia Wanita Hebat


Hantarkan

Sekiranya anda mempunyai artikel/tips/panduan Wanita Hebat atau apa-apa yang berkaiatan dengan tema laman Rahsia Wanita Hebat . Anda bolehlah menghantarkannya kepada saya di email ini:

  admin.wanitahebat@gmail.com


Segala email yang saya terima akan sayai baca terlebih dahulu. Sekiranya ianya bersesuaian dengan konsep/tema dan kategori yang saya inginkan, saya akan terbitkan artikel/tips/panduan Wanita Hebat yang anda tulis di blog Rahsia Wanita Hebat ini.

Sekian. Terima kasih.

No comments: